Sunday, January 6, 2008

Buku Motivasi & Bimbingan


Tajuk: TAUBAT - Titisan Airmata Keinsafan -
- Amalan & Penghayatannya
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 186
ISBN: 983-046-111-4
Kandungan: 224 m.s.
Harga: $10.00

Perjalanan hidup ini penuh ranjau yang berduri, menusuk setiap celah-celah dan langkah kehidupan, kadangkala menjadikan kita terlupa bahawa setiap goresan parutnya meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Begitulah bentuk dosa dalam mewarnai diri kita sehingga kita sukar untuk menepisnya, akhirnya ia kekal menjadi milik kita.

Insan yang telah merasakan manisnya iman, mereka sangat benci dengan maksiat dan dosa, sebaliknya bertambah rindu ingin berjumpa dengan Allah SWT. Setiap kali ia menyebut asma Allah airmatanya menitis bercucuran membasahi pipi dan terbayanglah betapa besar rahmat Allah dan betapa keras seksaanNya. Mereka sentiasa bertaubat, baik ketika senang mahupun ketika susah, dengan cara demikian dapat membimbing jiwanya ke arah keredhaan Allah.

Jadikanlah keinsafan dan titisan airmata di dunia ini sebagai penawar untuk memadamkan panas api neraka di akhirat nanti. Semoga taubat kita tergolong dalam taubat nasuha, insya Allah.



Tajuk: Kejayaan Terletak Di Dalam Diri Anda
Pengarang: Puan Amina Hj. Nor
Kod: DN 173
ISBN: 983-046-094-0
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Tidak selamanya ketenangan memenuhi nadi kehidupan, kadangkala mendung kegagalan mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan takdir ataupun suatu kecuaian. Insan yang mendambakan kecemerlangan hidup harus menentukan sikap positif dalam mengisi potensi diri dan ruang waktu yang dimiliki, sehingga memperoleh hakikat kejayaan dalam diri.

Meskipun bakat atau potensi diri bukanlah seratus peratus penentu keberhasilan seseorang, namun ia sebagai asas mengenali jatidiri. Kejayaan terhadap sesuatu yang dicita-cita merupakan usaha dan motivasi diri seseorang dalam menggerakkannya. Jika disertai dengan doa, maka keberhasilan itu akan mengisi kepuasan hati dan mendapat keredhaanNya.

Binalah diri sediri agar dapat mengenal hakikatnya dan mengenal Pencipta yang Agung, sehingga mampu membentuk personaliti yang cemerlang, insya Allah.



Tajuk: Pesanan Terakhir Rasulullah SAW
Pengarang: Kasmuri Selamat MA
Kod: DN 351
ISBN: 983-046-277-3
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Detik-detik terakhir menjelang kepergian insan terpuji menghadap Ilahi, tertulis lakaran tinta emas dalam memori umat tentang keagungan peristiwa silam. Di lembah Uranah yang kering dan di atas Bukit Arafah, bergema seruan memecah keheningan sudut-sudut hati yang dahaga dan rindu dendam akan kebenaran. Berkumandang wasiat menjadi warkah pusaka yang tak akan punah dimakan waktu hingga akhir zaman.

Linangan air mata membasahi segenap harapan menyertai firman yang turun dari Nur Keagungan. Maka sempurnalah wahyu Ilahi sebagai pegangan hidup segenap makhluk. Rasulullah SAW pun menatap umatnya dengan penuh kesyahduan dan kepiluan, kerana kemesraan akan terlerai dengan elegi sebuah perpisahan. Refleksi kecintaan baginda terbias pada pesanan terakhir baginda dalam Khutbah Al-Wida' yang penuh kemesraan demi kebahagiaan umat ini.

Semoga buku ini menjadi panduan dalam memenuhi seruan yang benar dan meninggalkan segala larangan dari Rasulullah, agar tidak tergolong insan yang rugi, insya Allah.



Tajuk: Hikmah Kejadian Alam Semesta
Pengarang: Dr. Muhammad Ali Al Barr
Kod: DN 368
ISBN: 983-046-298-6
Kandungan: 172 m.s.
Harga: $8.00

Bumi dihamparkan bagaikan lantai, langit ditinggikan bagaikan atap, bintang-bintang bertaburan bagaikan pelita dan permata-permata disimpan bagaikan khazanah mutiara terpendam. Dijadikan langit dengan warna yang paling sesuai bagi mata, dijadikan matahari sebagai putaran malam dan siang agar manusia dapat bekerja dan beristirehat didalamnya. Begitu besar hikmah kejadian alam ciptaan Allah SWT.

Sentuhan Al Quran terhadap sebahagian kecil segala keajaiban ciptaan Allah di bumi dan langit sudah mencukupi untuk renungan kita semua tentang kekuasaan dan kebesaranNya. Anjuran kepada umat agar merenung segala ciptaanNya supaya dapat melihat bahawa Dia lah Tuhan yang Esa. Sehingga dalam penghayatan tersebut dapat memahami hikmah dan mengenali siapa Pencipta yang sebenar.

Semoga buku ini dapat membuka minda kita dalam memahami keagungan kejadian alam semesta yang unik ini, insya Allah.



Tajuk: Nilai Waktu dalam Kehidupan Insan
Pengarang: Abdul Fattah AG
Kod: DN 309
ISBN: 983-046-221-8
Kandungan: 152 m.s.
Harga: $6.00

Nikmat kehidupan insan bagaikan pohon yang rendang, memiliki dahan, ranting dan dedaunan, beralun-alun mengikut irama bayu. Asas nikmat adalah iman, kesihatan dan ilmu sedangkan beribadah, berbakti dan mengamalkan ilmu merupakan ranting kenikmatan. Makna kehidupan seorang insan terletak dalam asas dan ranting kenikmatan sedangkan untuk merealisasikannya tercurah dalam nilai waktu yang digunakan.

Sesungguhnya masa lampau merupakan kenangan yang tak mampu digapai lagi, masa sekarang merupakan realiti yang mesti diterima hakikatnya, sedangkan masa akan datang merupakan wawasan yang menyimpan seribu satu harapan. Pergunakanlah waktu dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi kenangan pahit atau realiti yang mengharukan dalam mewarnai ruang-ruang kehidupan kita, sebaliknya menyimpan kebaikan dan kenikmatan.

Semoga buku ini dapat memberikan bimbingan kepada semua insan dalam mengisi waktu dengan sesuatu yang berguna dan bernilai dalam kehidupan, insya Allah.



Tajuk: Panduan Ringkas - Buku Pintar Asas Islam
Pengarang: Syamsul Rijal Abd Hamid
Kod: DN 295
ISBN: 983-046-223-4
Kandungan: 352 m.s.
Harga: $15.00

Agama Islam adalah agama yang lurus, ajarannya merangkumi segala aspek kehidupan. Norma yang digariskan merupakan pedoman hidup yang akan membawa manusia kepada kenikmatan hidup di dunia dan akhirat. Berpegang teguh dengan ajaran Islam dapat membimbing jiwa dan minda menuju keredhaan Ilahi, kemudian akan melahirkan pancaran keimanan sejernih kaca dalam setiap diri individu.

Kemajuan dibidang teknologi dan ilmu duniawi, menyebabkan manusia mengejar masa sehingga hanya sedikit waktu yang terluang digunakan untuk mengisi jiwa dengan roh keIslaman. Kadangkala kesibukan juga dijadikan sebagai alasan agar dapat melepaskan diri dari memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba, akhirnya di kemudian hari kita akan menanggung penyesalan yang berpanjangan.

Buku Pintar Asas Islam ini mengandungi kumpulan pengetahuan dalam agama Islam, meliputi masalah tauhid, feqah, hadith dan sejarah. Semoga buku ini menjadi panduan dalam memahami asas-asas ajaran Islam dan menjadi sumber ilmu yang bermanfaat untuk kita, insya Allah.



Tajuk: Panduan Mencari Nafkah yang Dijanjikan Syurga
Penulis: Abdul Rahman Abd Majeed
Kod: DN 432
ISBN: 983-046-364-8
Kandungan: 128 m.s.
Harga: $5.00

Islam menuntut umatnya agar mencari rezeki dengan cara berusaha dan bukannya meminta-minta. Berniaga atau bekerja merupakan cara usaha mendapatkan rezeki. Menjalankan urusan dengan niat yang ikhlas dan amanah merupakan amalan yang Diberkati. Al-Quran dan Sunnah sentiasa menjadi panduan dalam setiap urusan kehidupannya. Seterusnya menjalankan hukum syarak dan beramal dengannya.

Peniaga atau pekerja yang ikhlas dan jujur sentiasa berusaha mendapatkan redha Ilahi dalam menjalankan urusannya. Nikmat kesenangan dan keuntungan dunia bukanlah menjadi matlamat, sebaliknya ganjaran syurga dan rahmat serta ehsan Allah SWT menjadi dambaannya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa tercurah ke atas hambaNya yang dikasihi samada di dunia mahupun akhirat.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam usaha mencari rezeki halal serta Dirahmati dan Diberkati, insya Allah.



Tajuk: 15 Rahsia Insan Cemerlang
Pengarang: Muhammad Sabli Anwari
Kod: DN 397
ISBN: 983-046-329-x
Kandungan: 128 m.s.
Harga: $5.00

Kehidupan di dunia umpama pentas lakonan. Saban hari, pelbagai watak dan gelagat yang sering dipertontonkan. Sering kali pula watak-watak itu diikuti, dicontohi dan mendapat perhatian umum. Sebagai muslim sejati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT serta memperolehi kecemerlangan di dunia mahupun akhirat, setiap insan perlu bagi mencontohi watak-watak insan cemerlang. Rasulullah SAW sendiri merupakan contoh ikutan yang terbaik.

Kecemerlangan di dunia tidak menjamin kecemerlangan di akhirat. Namun ianya bukanlah batu penghalang bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Ramai antara para sahabat yang berjaya mencapai kecemerlangan dan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat. Apakah rahsianya dan apakah resepinya untuk memperolehi kejayaan sedemikian?

Semoga buku ini dapat membantu dijadikan panduan dalam melahirkan watak-watak insan cemerlang, insya Allah.



Tajuk: Ke Arah Kemuliaan Hati Rasulullah SAW
- Hijrah Budi dan Hati Nurani
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 018
ISBN: 983-9017-039-x
Kandungan: 136 m.s.
Harga: $6.00

Hijrah Budi dan Hati Nurani itu adalah kembali kepada kebenaran yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Menjelaskan makna suri teladan yang baik dan bagaimana Rasulullah SAW menerapkannya dalam kehidupan baginda.

Bimbingan Islam terhadap fitrah manusia yang berkaitan dengan ibadah, hubungan dengan diri sendiri dan penjernihan jiwa atau bertaubat.

Buku ini turut memberikan gambaran tentang hakikat mukmin yang hakiki.

No comments: