Sunday, January 6, 2008

Buku Motivasi & Bimbingan


Tajuk: TAUBAT - Titisan Airmata Keinsafan -
- Amalan & Penghayatannya
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 186
ISBN: 983-046-111-4
Kandungan: 224 m.s.
Harga: $10.00

Perjalanan hidup ini penuh ranjau yang berduri, menusuk setiap celah-celah dan langkah kehidupan, kadangkala menjadikan kita terlupa bahawa setiap goresan parutnya meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Begitulah bentuk dosa dalam mewarnai diri kita sehingga kita sukar untuk menepisnya, akhirnya ia kekal menjadi milik kita.

Insan yang telah merasakan manisnya iman, mereka sangat benci dengan maksiat dan dosa, sebaliknya bertambah rindu ingin berjumpa dengan Allah SWT. Setiap kali ia menyebut asma Allah airmatanya menitis bercucuran membasahi pipi dan terbayanglah betapa besar rahmat Allah dan betapa keras seksaanNya. Mereka sentiasa bertaubat, baik ketika senang mahupun ketika susah, dengan cara demikian dapat membimbing jiwanya ke arah keredhaan Allah.

Jadikanlah keinsafan dan titisan airmata di dunia ini sebagai penawar untuk memadamkan panas api neraka di akhirat nanti. Semoga taubat kita tergolong dalam taubat nasuha, insya Allah.



Tajuk: Kejayaan Terletak Di Dalam Diri Anda
Pengarang: Puan Amina Hj. Nor
Kod: DN 173
ISBN: 983-046-094-0
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Tidak selamanya ketenangan memenuhi nadi kehidupan, kadangkala mendung kegagalan mewarnai perjalanan hari, kerana ia merupakan permintaan takdir ataupun suatu kecuaian. Insan yang mendambakan kecemerlangan hidup harus menentukan sikap positif dalam mengisi potensi diri dan ruang waktu yang dimiliki, sehingga memperoleh hakikat kejayaan dalam diri.

Meskipun bakat atau potensi diri bukanlah seratus peratus penentu keberhasilan seseorang, namun ia sebagai asas mengenali jatidiri. Kejayaan terhadap sesuatu yang dicita-cita merupakan usaha dan motivasi diri seseorang dalam menggerakkannya. Jika disertai dengan doa, maka keberhasilan itu akan mengisi kepuasan hati dan mendapat keredhaanNya.

Binalah diri sediri agar dapat mengenal hakikatnya dan mengenal Pencipta yang Agung, sehingga mampu membentuk personaliti yang cemerlang, insya Allah.



Tajuk: Pesanan Terakhir Rasulullah SAW
Pengarang: Kasmuri Selamat MA
Kod: DN 351
ISBN: 983-046-277-3
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Detik-detik terakhir menjelang kepergian insan terpuji menghadap Ilahi, tertulis lakaran tinta emas dalam memori umat tentang keagungan peristiwa silam. Di lembah Uranah yang kering dan di atas Bukit Arafah, bergema seruan memecah keheningan sudut-sudut hati yang dahaga dan rindu dendam akan kebenaran. Berkumandang wasiat menjadi warkah pusaka yang tak akan punah dimakan waktu hingga akhir zaman.

Linangan air mata membasahi segenap harapan menyertai firman yang turun dari Nur Keagungan. Maka sempurnalah wahyu Ilahi sebagai pegangan hidup segenap makhluk. Rasulullah SAW pun menatap umatnya dengan penuh kesyahduan dan kepiluan, kerana kemesraan akan terlerai dengan elegi sebuah perpisahan. Refleksi kecintaan baginda terbias pada pesanan terakhir baginda dalam Khutbah Al-Wida' yang penuh kemesraan demi kebahagiaan umat ini.

Semoga buku ini menjadi panduan dalam memenuhi seruan yang benar dan meninggalkan segala larangan dari Rasulullah, agar tidak tergolong insan yang rugi, insya Allah.



Tajuk: Hikmah Kejadian Alam Semesta
Pengarang: Dr. Muhammad Ali Al Barr
Kod: DN 368
ISBN: 983-046-298-6
Kandungan: 172 m.s.
Harga: $8.00

Bumi dihamparkan bagaikan lantai, langit ditinggikan bagaikan atap, bintang-bintang bertaburan bagaikan pelita dan permata-permata disimpan bagaikan khazanah mutiara terpendam. Dijadikan langit dengan warna yang paling sesuai bagi mata, dijadikan matahari sebagai putaran malam dan siang agar manusia dapat bekerja dan beristirehat didalamnya. Begitu besar hikmah kejadian alam ciptaan Allah SWT.

Sentuhan Al Quran terhadap sebahagian kecil segala keajaiban ciptaan Allah di bumi dan langit sudah mencukupi untuk renungan kita semua tentang kekuasaan dan kebesaranNya. Anjuran kepada umat agar merenung segala ciptaanNya supaya dapat melihat bahawa Dia lah Tuhan yang Esa. Sehingga dalam penghayatan tersebut dapat memahami hikmah dan mengenali siapa Pencipta yang sebenar.

Semoga buku ini dapat membuka minda kita dalam memahami keagungan kejadian alam semesta yang unik ini, insya Allah.



Tajuk: Nilai Waktu dalam Kehidupan Insan
Pengarang: Abdul Fattah AG
Kod: DN 309
ISBN: 983-046-221-8
Kandungan: 152 m.s.
Harga: $6.00

Nikmat kehidupan insan bagaikan pohon yang rendang, memiliki dahan, ranting dan dedaunan, beralun-alun mengikut irama bayu. Asas nikmat adalah iman, kesihatan dan ilmu sedangkan beribadah, berbakti dan mengamalkan ilmu merupakan ranting kenikmatan. Makna kehidupan seorang insan terletak dalam asas dan ranting kenikmatan sedangkan untuk merealisasikannya tercurah dalam nilai waktu yang digunakan.

Sesungguhnya masa lampau merupakan kenangan yang tak mampu digapai lagi, masa sekarang merupakan realiti yang mesti diterima hakikatnya, sedangkan masa akan datang merupakan wawasan yang menyimpan seribu satu harapan. Pergunakanlah waktu dengan sebaik-baiknya agar ia tidak menjadi kenangan pahit atau realiti yang mengharukan dalam mewarnai ruang-ruang kehidupan kita, sebaliknya menyimpan kebaikan dan kenikmatan.

Semoga buku ini dapat memberikan bimbingan kepada semua insan dalam mengisi waktu dengan sesuatu yang berguna dan bernilai dalam kehidupan, insya Allah.



Tajuk: Panduan Ringkas - Buku Pintar Asas Islam
Pengarang: Syamsul Rijal Abd Hamid
Kod: DN 295
ISBN: 983-046-223-4
Kandungan: 352 m.s.
Harga: $15.00

Agama Islam adalah agama yang lurus, ajarannya merangkumi segala aspek kehidupan. Norma yang digariskan merupakan pedoman hidup yang akan membawa manusia kepada kenikmatan hidup di dunia dan akhirat. Berpegang teguh dengan ajaran Islam dapat membimbing jiwa dan minda menuju keredhaan Ilahi, kemudian akan melahirkan pancaran keimanan sejernih kaca dalam setiap diri individu.

Kemajuan dibidang teknologi dan ilmu duniawi, menyebabkan manusia mengejar masa sehingga hanya sedikit waktu yang terluang digunakan untuk mengisi jiwa dengan roh keIslaman. Kadangkala kesibukan juga dijadikan sebagai alasan agar dapat melepaskan diri dari memenuhi tanggungjawab sebagai seorang hamba, akhirnya di kemudian hari kita akan menanggung penyesalan yang berpanjangan.

Buku Pintar Asas Islam ini mengandungi kumpulan pengetahuan dalam agama Islam, meliputi masalah tauhid, feqah, hadith dan sejarah. Semoga buku ini menjadi panduan dalam memahami asas-asas ajaran Islam dan menjadi sumber ilmu yang bermanfaat untuk kita, insya Allah.



Tajuk: Panduan Mencari Nafkah yang Dijanjikan Syurga
Penulis: Abdul Rahman Abd Majeed
Kod: DN 432
ISBN: 983-046-364-8
Kandungan: 128 m.s.
Harga: $5.00

Islam menuntut umatnya agar mencari rezeki dengan cara berusaha dan bukannya meminta-minta. Berniaga atau bekerja merupakan cara usaha mendapatkan rezeki. Menjalankan urusan dengan niat yang ikhlas dan amanah merupakan amalan yang Diberkati. Al-Quran dan Sunnah sentiasa menjadi panduan dalam setiap urusan kehidupannya. Seterusnya menjalankan hukum syarak dan beramal dengannya.

Peniaga atau pekerja yang ikhlas dan jujur sentiasa berusaha mendapatkan redha Ilahi dalam menjalankan urusannya. Nikmat kesenangan dan keuntungan dunia bukanlah menjadi matlamat, sebaliknya ganjaran syurga dan rahmat serta ehsan Allah SWT menjadi dambaannya. Sesungguhnya rahmat Allah sentiasa tercurah ke atas hambaNya yang dikasihi samada di dunia mahupun akhirat.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam usaha mencari rezeki halal serta Dirahmati dan Diberkati, insya Allah.



Tajuk: 15 Rahsia Insan Cemerlang
Pengarang: Muhammad Sabli Anwari
Kod: DN 397
ISBN: 983-046-329-x
Kandungan: 128 m.s.
Harga: $5.00

Kehidupan di dunia umpama pentas lakonan. Saban hari, pelbagai watak dan gelagat yang sering dipertontonkan. Sering kali pula watak-watak itu diikuti, dicontohi dan mendapat perhatian umum. Sebagai muslim sejati yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah SWT serta memperolehi kecemerlangan di dunia mahupun akhirat, setiap insan perlu bagi mencontohi watak-watak insan cemerlang. Rasulullah SAW sendiri merupakan contoh ikutan yang terbaik.

Kecemerlangan di dunia tidak menjamin kecemerlangan di akhirat. Namun ianya bukanlah batu penghalang bagi mencapai kecemerlangan di akhirat. Ramai antara para sahabat yang berjaya mencapai kecemerlangan dan kejayaan baik di dunia mahupun akhirat. Apakah rahsianya dan apakah resepinya untuk memperolehi kejayaan sedemikian?

Semoga buku ini dapat membantu dijadikan panduan dalam melahirkan watak-watak insan cemerlang, insya Allah.



Tajuk: Ke Arah Kemuliaan Hati Rasulullah SAW
- Hijrah Budi dan Hati Nurani
Pengarang: Muhammad Isa Selamat MA
Kod: DN 018
ISBN: 983-9017-039-x
Kandungan: 136 m.s.
Harga: $6.00

Hijrah Budi dan Hati Nurani itu adalah kembali kepada kebenaran yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW. Menjelaskan makna suri teladan yang baik dan bagaimana Rasulullah SAW menerapkannya dalam kehidupan baginda.

Bimbingan Islam terhadap fitrah manusia yang berkaitan dengan ibadah, hubungan dengan diri sendiri dan penjernihan jiwa atau bertaubat.

Buku ini turut memberikan gambaran tentang hakikat mukmin yang hakiki.

Tuesday, January 1, 2008

KERUDUNG

KERUDUNG BELAH PINGGIR

Kerudung dari bahan rayon kualitas tinggi dingin
dan nyaman dipakai , dengan berbagai kombinasi hiasan
payet,sulam, kayu dsb, ada juga yang dari bahan hyget dan spandek
Harga:$9.00/helai









KERUDUNG BELAH PINGGIR PAYET


Kerudung belah pinggir dengan berbagai model ,
mulai dari polos sampai kombinasi payet, sulam,
bordir dan lain-lain.Nyaman dipakai,dan pas dimuka
Harga:$14.00/helai






JILBAB RAYON


jilbab belah pinggir dari bahan trayon dengan motif sulam, mutiara, dll. bahan rayon yang digunakan adalah rayon KW 1, dingin dipakai, pas dimuka
Harga:$9.00/helai











RIN-SULAM-RAMPLE
bergo-langsung-pakai-dari bahan-rayon-berkualitas.dihiasi-dengan-sulaman-tan gan-dan-rample-dimuka
Harga:$6.00/helai







KERUDUNG SEGI TIGA SULAM

kerudung yang lagi in, dengan berbagai kombinasi hiasan,
ada sulam, payet dan sebagainya enak dipakainya dan dingin
Harga:$6.00/helai

KERUDUNG TALI BORDIR


kerudung dari bahan rayon dengan model yang lagi in,
dengan tali di tengah dan kombinasi bordir pas dimuka,
nyaman dipake,juga ada yang sulam,kualitas bahan no.1
Harga: $6.00/helai

Monday, December 31, 2007

Buku-buku Agama Islam


Tajuk: Rawatan Penyakit
- menurut Konsep Sufi
Pengarang: Mukhlas Syah
Kod: DN 221
ISBN: 983-046-145-9
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Penyakit datang dan pergi dalam mengisi ruang kehidupan manusia. Kehadirannya mungkin kerana ingkar kepada Allah, zalim sesama manusia, gangguan makhluk lain ataupun merupakan ujian dariNya. Sesungguhnya sakit itu membawa rahmat, kerana ia menyatukan hubungan manusia dengan Allah sedangkan ketika sihat bersatunya antara manusia sesama manusia.

Bagi kaum sufi, sakit merupakan sahabat yang dapat mendidik jiwa, kesabaran dan keinsafan dalam kalbu. Kadangkala mereka tidak sanggup untuk menepis ketentuan itu dan menerimanya dengan perasaan redha. Namun begitu, jika ingin agar sihat, mereka berikhtiar dan berdoa kepadaNya. Bagi kaum sufi, melaksanakan syariat Islam mampu memelihara kesihatan mental dan fizikal.

Rawatan ahli sufi merangkumi pengubatan rohani, hati, moral dan fizikal. Semoga buku ini memberikan bimbingan dalam penjagaan kesihatan kita, insya Allah.




Tajuk: Urut Tradisional Melayu - Sakit Jantung, Darah Tinggi, Stroke (Angin Ahmar), Setelah Bersalin & dll.
Pengarang: Muhammad Kushairi Hj Salleh
Kod: DN 147
ISBN: 983-046-066-5
Kandungan: 216 m.s.
Harga: $10.00

Merawat pesakit secara urut tradisional Melayu suatu kaedah yang unik dan klasik untuk melengkapi keperluan kesihatan disamping ilmu perubatan moden. Prinsip dan kaedah urut ini merupakan usaha pertolongan peringkat awal untuk membantu pesakit sebelum dibawa ke hospital menerima rawatan selanjutnya. Dengan demikian akan terhindar kemalangan yang lebih parah dalam diri seseorang.

Urut tradisional Melayu menggunakan pendekatan mengurut seluruh anggota badan dan melalui tiga teknik iaitu semasa meniarap, terlentang dan duduk bersila. Ketiga cara ini memberikan kelegaan dan ketenangan kepada pesakit sehingga menyembuh dan memulihkan kembali perjalanan darah dalam tubuh. Akhirnya badan menjadi cergas dan memiliki ketahanan yang mantap.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam memahami teknik mengurut tradisional Melayu yang efektif, insya Allah.




Tajuk: Doa Pelindung & Penawar
Angin Ahmar (Stroke)
Pengarang: Hj Johari Hj Alias
Kod: DN 145
ISBN: 983-046-059-2
Kandungan: 80 m.s.
Harga: $4.00

Penyakit Angin Ahmar biasanya menyerang seseorang secara mengejut, sehingga menyebabkan kematian atau lumpuh separuh badan 'Stroke'. Penyakit ini adalah angkara jahat perbuatan makhluk halus iaitu jin dan syaitan yang akan menyelinap masuk ke dalam rongga, darah dan urat saraf manusia.

Setiap penyakit pasti ada ubat menyertainya, kerana Allah yang Maha Penyayang telah menabur benih kenikmatan yang luas terhadap seluruh makhlukNya. Disamping berbagai jenis ubat-ubatan dan tumbuh-tumbuhan tertentu yang dapat digunakan sebagai penawar, kita juga dituntut agar berdoa kepada Allah SWT. Amalan berdoa ini boleh menjadi pendinding jika diamalkan sekali seumur hidup dan menjadi penangkal bagi mereka yang mengidap penyakit angin ahmar.

Semoga buku ini dapat digunakan sebagai panduan amalan hati agar terhindar dari penyakit tersebut, insya Allah.




Tajuk: MADU LEBAH
- Penawar Penyakit Zahir & Batin
Pengarang: Ahmaed Latiff Muhd Firdaus
Kod: DN 053
ISBN: 983-9017-068-3
Kandungan: 228 m.s.
Harga: $10.00

Lebah adalah makhluk Allah yang banyak manfaat dan kenikmatannya kepada manusia. Terdapat persamaan antara madu yang dihasilkan lebah dengan kitab Al Quran. Madu Lebah terhasil dari saripati berbagai bunga, menjadi ubat atau penyembuh bagi berbagai jenis penyakit. Begitu juga Al Quran mengandungi intisari dari berbagai kitab sebelumnya, mempunyai petunjuk dan ajaran yang diperlukan seluruh umat manusia.

Madu Lebah merupakan penawar dari pelbgai jenis penyakit zahir dan batin. Madu Lebah yang bersifat panas dan mempunyai kandungan gula tertentu dapat membekalkan tenaga batin kepada pasangan yang melakukan jimak. Madu Lebah juga merupakan ubat untuk memperbaiki limpa, edaran darah, buah pinggang, kecerdasan otak, mata dan anggota badan, yang memberi sumbangan besar terhadap kesihatan manusia.

Semoga buku ini memberikan pengetahuan kepada para pembaca tentang khasiat madu lebah dan hikmah Allah istimewakan serangga ini, insya Allah.




Tajuk: Rawatan Diri & Pengubatan
Pengarang: Idrus H. Alkaf
Kod: DN 098
ISBN: 983-046-013-4
Kandungan: 184 m.s.
Harga: $8.00

Kehidupan ini bagaikan suatu putaran roda. Seketika di atas dan seketika di bawah. Adakalanya hidup terasa sihat, tenteram dan bahagia. Namun ada ketikanya kita dirundung pelbagai masalah kehidupan seperti ditimpa penyakit, tidak selesa dan sebagainya. Kita harus berikhtiar mencegah atau merawat agar kesihatan yang diperolehi dapat digunakan untuk mengabdi diri kepada Allah SWT.

Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik untuk dijadikan pedoman oleh seluruh umat manusia. Tidak sempurna kehidupan seorang, tanpa menjadikan baginda sebagai pedoman hidup. Sesungguhnya Allah SWT telah menyediakan pelbagai ubat untuk merawat penyakit rohani dan jasmani yang dapat memberikan kedamaian dalam kehidupan seseorang.

Semoga kita dapat memperoleh pedoman dalam memelihara dan mengekalkan kesihatan diri, insya Allah.




Tajuk: Penyakit & Penawar
Pengarang: Ibnu Qayyim
Kod: DN 385
ISBN: 983-046-316-8
Kandungan: 450 m.s.
Harga: $20.00

Setiap jengkal tanah yang dipijak oleh umat Islam, maka akan timbul berbagai sumber ilmu pengetahuan yang murni. Pengembaraan mereka ke seluruh bumi Allah SWT adalah sebagai pembawa ilmu pengetahuan, kebijaksanaan, keadilan, kesejahteraan dan kasih sayang. Mereka menggenggam kitab suci Al Quran sebagai cahaya ilmu, penakluk kemodenan yang belum pernah disaksikan umat manusia dan tidak pernah ditemukan tandingannya.

Ketika umat Islam meninggalkan sumber pegangan hidup mereka, maka penyakit mental dan sosial mula menyelinap dalam masyarakat. Ramai berusaha mencari jalan penyelesaian dengan memakai atau meniru formula dari Barat, sehingga mengganggap produk tersebut adalah yang terbaik. Penawar paling mujarab dalam mengubati luka-luka keruntuhan martabat umat Islam hanya dengan kembali kepada kebenaran yang di bawa Rasulullah SAW dalam kitab suci Al Quran.

Semoga buku ini dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menjana minda dan kehidupan sosial yang lebih sempurna serta diredhaiNya, insya Allah.





Tajuk: Alam Jin & Syaitan
serta Cara Mengatasi Gangguannya
Pengarang: Syahrin Nasution
Kod: DN 135
ISBN: 983-046-054-1
Kandungan: 152 m.s.
Harga: $7.00

Jin dan syaitan merupakan makhluk ciptaan Allah yang mengisi ruang alam semesta ini. Keduanya tercipta dari api dan bertubuh halus serta bercita-cita menjerumuskan manusia ke lembah dosa. Jin ada yang taat dan ada yang derhaka, sedangkan syaitan semuanya derhaka terhadap Allah SWT. Membincangkan tentang alam jin dan syaitan ini dapat meneliti rahsia-rahsia ghaib yang ingin disampaikan Allah SWT.

Syaitan selalu mempengaruhi kehidupan manusia, kerana mereka berjalan dalam diri anak Adam menelusuri aliran darah. Rayuan dan godaannya menyesatkan perjalanan seseorang dalam menuju kebenaran. Untuk menghindari dan mengatasi gangguan syaitan yang terkutuk, disamping beribadah kepada Allah, perbanyakan amalan membaca ayat-ayat Al-Quran dan berdoa.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan untuk mengetahui rahsia alam jin dan syaitan serta dapat meningkatkan ketakwaan terhadap kebesaran Allah SWT, insya Allah.




Tajuk: Ubatilah Dirimu dengan Al Quran
Pengarang: Abu Fida' Muhd Izzat
Kod: DN 177
ISBN: 983-046-098-3
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Allah memberikan kesihatan dan penawar bagi roh serta jasad. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit selain daripada Allah SWT. Sesungguhnya berubat dengan Al-Quran merupakan perkara yang telah ditetapkan syariat, bahkan telah ramai salafussoleh mencuba tentang kemujarabannya. Ibnu Qayyim pernah berkata: "Sesiapa yang tidak berubat dengan Al-Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkannya.”

Al-Quran merupakan penawar dan rahmat bagi hati serta tubuh. Insan yang beriman akan mengambil Al-Quran untuk mengubati hatinya yang duka dan nestapa, juga sebagai penawar bagi jasadnya yang sakit. Gunakanlah Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan, ambillah juga kesempatan bagi berlindung dan merawat diri denganNya daripada gangguan syaitan, jin, sihir dan pelbagai lagi niat jahat manusia serta malapetaka.

Semoga umat Islam mampu menggunakan Al-Quran sebagai pegangan dalam segala aspek kehidupan, insya Allah.




Tajuk: Ubat-ubatan Tradisional Arab & Melayu
- Penawar 200 Penyakit
Pengarang: Azahari Ibrahim
Kod: DN 150
ISBN: 983-046-067-3
Kandungan: 176 m.s.
Harga: $8.00

Rintik hujan dari langit yang menyirami bumi, Allah anugerahkan di dalamnya keberkatan dan rahmat sehingga menumbuhkan berbagai tanaman yang menghijau. Dari tumbuh-tumbuhan itu Allah keluarkan khasiat dan kelebihan yang dapat menyembuh berbagai penyakit makhlukNya. Sesungguhnya tidak ada satu benda pun yang Allah ciptakan di alam ini melainkan didalamnya juga tersimpan seribu satu himah.

Setiap penyakit yang menimpa seseorang pasti ada ubatnya, sehingga kita berusaha untuk mencari formula agar dapat merawatnya dengan sempurna. Dengan kemampuan fikiran dan hidayah Allah, manusia sentiasa membuat kajian serta menemukan berbagai tumbuhan herba yang boleh menjadi penawar terhadap penyakit tertentu. Rahmat yang besar ini meningkatkan martabat keinsanan dalam memahami kurniaan dari Allah SWT.

Berusahalah mencari hikmah khazanah Allah dan manfaatkan anugerah itu dengan nurani yang sentiasa bersyukur kepadaNya, agar kita sihat zahir dan batin, insya Allah.




Tajuk: Hakikat Penyucian Zahir & Batin
Pengarang: Muhammad Uqbah An-Nafiq
Kod: DN 343
ISBN: 983-046-269-2
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Zahir dan batin merupakan dua elemen penting sebagai penggerak nadi keinsanan. Kedua unsur ini merupakan refleksi atau gambaran yang mencorakkan jatidiri sehingga dapat membuktikan hakikat identiti seseorang. Jika zahir dalam keadaan sihat selalunya akan menyumbang kesihatan batin, begitu juga sebaliknya.

Penyucian zahir ertinya membersihkan diri, anggota, pakaian dan tempat, sedangkan penyucian batin berusaha menjernihkan unsur dalaman seperti hati, jiwa, roh, perasaan dan akal fikiran. Penyucian dua aspek ini dapat melahirkan sifat tawaduk dan khusyuk dalam beribadah kepada Allah SWT.

Semoga buku ini dapat memberikan panduan dalam membersihkan zahir dan batin serta persiapan bertaqarub kepada Ilahi, insya Allah.





Tajuk: GERAK Penawar & Pencegah
Penyakit - Rohani & Jasmani
Pengarang: Muhammad Abdul Latif
Kod: DN 160
ISBN: 983-046-080-0
Kandungan: 416 m.s.
Harga: $15.00

Kehidupan yang sihat baik jasmani mahupun rohani merupakan perkara yang paling utama untuk kita agar melaksanakan pengabdian terhadap Allah SWT. Kesihatan tersebut akan wujud jika kita mampu memanfaatkan secara optimum hasil ciptaan Allah berupa buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan sebagainya. Akhirnya dengan tubuh yang sihat itu kita dapat beramal dan beribadah dengan sempurna.

Makanan merupakan keperluan bagi setiap insan, namun sedikit sekali yang mengetahui nilai-nilai yang terkandung di dalamnya. Apakah ia suci, haram, bergizi, bervitamin, beracun ataupun ia mengandungi ubat yang baik. Begitu juga dalam setiap gerak ibadah yang kita lakukan mengandungi nilai yang paling utama untuk membentuk kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Hanya insan yang beriman memahami erti rezeki dan ibadah sebagai suatu cara menyihatkan fizikal dan jiwa.

Semoga buku ini memberikan bimbingan kepada kita dalam memberikan penawar dan pencegahan terhadap penyakit, baik penyakit tubuh badan mahupun penyakit rohani, insya Allah.





Tajuk: Mencegah & Merawat
- Sihir, Gangguan Jin & Syaitan
Pengarang: S Wahid Abdus Salam
Kod: DN 194
ISBN: 983-046-117-3
Kandungan: 240 m.s.
Harga: $10.00

Golongan jin dan tukang sihir dari kalangan manusia termasuk sahabat syaitan yang meniupkan api kemungkaran dan kejahatan dalam diri orang lain. Berbagai pendekatan dilakukan untuk menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran. Mereka menggoda, merayu dan membisikkan kedengkian, kemudian menuju sihir dan kerasukan dalam diri seseorang.

Kehadiran syaitan dan tiupan sihir dalam kehidupan manusia, hanya mengganggu ketenteraman dan kedamaian hidup. Kezaliman merupakan formula untuk menghancurkan orang lain. Kadangkala perbuatan terkutuk ini menyebabkan kegilaan dan penderitaan yang berpanjangan serta mengakhiri kehidupan manusia dengan tragik dan memilukan.

Semoga buku ini memberi panduan bagi yang berusaha menangkis gangguan jin, syaitan dan tukang sihir yang durjana, insya Allah.




Tajuk: ZIKIR Asma Ul Husna - 99 Nama Allah - Cahaya Penawar, Pelindung & Pencapai Hasrat Keperluan Harian
Pengarang: Hassan Mia
Kod: DN 380
ISBN: 983-046-310-9
Kandungan: 220 m.s.
Harga: $10.00

Asma ul Husna merupakan serangkai nama-nama indah. Menyimpan rahmat dan kenikmatan dalam minda insan yang mendambakan keredhaan Penciptanya. Allah SWT memperkenalkan diriNya kepada sekalian makhluk melalui perantaraan nama-nama dan sifatNya Yang Mulia bagi membuka pintu makrifat dalam merasakan kemurnian cinta Ilahi yang dilimpahkan kepada segenap makhlukNya.

Dijanjikan syurga bagi mereka yang menghafal dan menghayati kesemua 99 nama Allah dengan penuh keyakinan dan istiqamah. Asma’ Allah mempunyai banyak fadhilat dan khasiat tersendiri. Sesungguhnya berzikir dan berdoa dengan nama-nama Allah dapat melindungi diri dari berbagai perkara yang tidak diingini. Disamping itu, mampu menyembuhkan penyakit jiwa dan fizikal serta memenuhi segala kekurangan dan keperluan harian.

Semoga dengan fadhilat dan khasiat yang terkandung dalam setiap Asma’ Allah, dapat dijadikan amalan zikir dan doa bagi mereka yang mengidamkan kebahagiaan dunia mahupun akhirat, insya Allah.




Tajuk: Merawat Penyakit
& Kemalangan Di Rumah
Pengarang: Amina Hj Noor
Kod: DN 418
ISBN: 983-046-350-8
Kandungan: 120 m.s.
Harga: $5.00

Penyakit atau kemalangan boleh berlaku dan terjadi di mana-mana sahaja. Dalam keadaan sebegini, rawatan dan penyembuhan perlu dilakukan seberapa segera. Memahami dan mengenalpasti tanda-tanda penyakit merupakan tindakan yang bijak dalam merawat serta mencegah penyakit dan kemalangan dari terus menular. Namun, mencegah lebih baik daripada merawat.

Dalam kehidupan seharian, kita sentiasa terdedah kepada bahaya penyakit dan kemalangan yang boleh berlaku di sekeliling. Bahkan, penyakit yang kecil boleh menjadi serius sekiranya tidak mendapat rawatan sewajarnya. Mengamalkan sikap sentiasa menjaga kebersihan merupakan salah satu cara berkesan dalam mencegah penyakit dan kemalangan. Islam sendiri menekankan tentang kebersihan dan mengangkatnya sebagai sebahagian daripada iman.

Semoga buku ini dapat membantu dalam merawat penyakit dan kemalangan ketika berada di rumah, insya Allah.




Tajuk:Amalan Hikmat & Rahsia dari Al-Quran
Pengarang: Ustaz Kurdi Ismail Hj Zainal Abidin
Kod: DN 087
ISBN: 983-046-004-5
Kandungan: 224 m.s.
Harga: $10.00

Perkembangan peradaban dunia kadangkala membawa manusia semakin jauh dari jalan yang telah digariskan oleh Allah SWT. Kemajuan di suatu sisi berakibat positif dan di sisi lain pula ianya menimbulkan permasalahan baru. Kemajuan fizikal haruslah diiringi dengan peningkatan kualiti moral dan peribadi manusia. Di sini, peranan agama sangat diperlukan dan Al-Quran sebagai petunjuk jalan.

Rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran sesungguhnya menjadi penawar dan rahmat untuk mereka yang mempercayai, mengkaji dan mengamalkannya. Al-Quran merupakan petunjuk bagi yang bertaqwa. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Allah SWT dan orang-orang yang beruntung.

Allah SWT memberikan hikmat dan kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan sesiapa yang diberi hikmat sesungguhnya dia telah diberi banyak kebajikan, dan tidak ada yang mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal (02:269). Semoga kita tergolong di antara mereka yang beroleh hikmat dan kebenarannya, insya Allah.




Tajuk: Mengenali Penyakit
- Panduan Mencegah & Merawatnya
Pengarang: Puan Amina Hj Noor
Kod: DN 172
ISBN: 983-046-093-2
Kandungan: 152 m.s.
Harga: $6.00

Kenikmatan dan kedamaian hidup terletak dalam jiwa serta tubuh yang sihat. Jika seseorang sakit, maka telah hilang satu kesempatan paling berharga yang dianugerahkan kepadanya. Sesungguhnya ada tujuan yang paling utama disebalik hikmah diturunkan penyakit, disamping sebagai penghapus dosa, rahmat dan meningkatkan darjat keinsanan serta menimbulkan keinsafan juga merupakan cubaan atau malapetaka daripada Allah.

Setiap penyakit yang diturunkan Allah pasti ada ubat yang mengiringnya, sehingga manusia mampu menyembuhkan diri dengan berbagai penawar. Datangnya penyakit mungkin kerana kelalaian menjaga kesihatan ataupun merupakan ujian keimanan dan keteguhan jiwa. Bersabarlah ketika ditimpa sakit, kerana ketika itu baru dapat merasakan betapa nikmatnya kesihatan.

Semoga buku ini memberi panduan dalam mengenali penyakit sekaligus mampu mencegah dan merawatnya, insya Allah.




Tajuk: Resepi Kesihatan &
Kenikmatan Suami Isteri
Penulis: Amina Hj Noor
Kod: DN 429
ISBN: 983-046-361-3
Kandungan: 168 m.s.
Harga: $6.00

Setiap pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumahtangga pastinya mendambakan keharmonian dan suasana romantis dalam perhubungan. Dalam pada itu, hubungan seksual memainkan peranan yang sangat penting. Bagi memperolehi kenikmatan syurga dunia yang dianugerahkan oleh Allah SWT, kita perlu mensyukuri dan menjaga nikmat kesihatan yang sedia ada. Terlalu banyak khazanah alam yang disertakan olehNya sebagai anugerah dan mampu mengembalikan serta menguatkan kesihatan.

Menjaga dan menguruskan kesihatan merupakan amanat Allah SWT kepada setiap hambaNya. Mengabaikannya bermakna satu bentuk penafian terhadap hak-hak Allah. Disamping berusaha meningkatkan mutu kesihatan, segala perintah dan laranganNya sentiasa dijadikan panduan berguna. Apa yang haram ditinggalkan, sebaliknya yang halal digunakan dengan bijaksana agar beroleh manfaat darinya.

Semoga buku ini dapat membantu dijadikan panduan dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan kita, insya Allah.




Tajuk: Perangkap Jin & Syaitan
Pengarang: Mohd Safri Zainal Abidin
Kod: DN 413
ISBN: 983-046-345-1
Kandungan: 144 m.s.
Harga: $5.00

Bermula dari penciptaan Adam dan Hawa, perasaan dendam dan hasad dengki sentiasa bemain di benak fikiran syaitan. Pelbagai perancangan dan aturan yang direncanakan untuk menyingkirkan Adam a.s. dan Hawa dari syurga. Akhirnya Adam a.s. tertewas dalam perangkap syaitan.

Mendekatkan diri dan memohon perlindungan kepada Allah SWT setiap masa merupakan jaminan dan senjata yang terbaik dalam mempertahankan diri dari perangkap jin dan syaitan. Disamping itu, mempelajari dan mengetahui perwatakan yang dimiliki syaitan juga mampu membenteng diri. Tipu daya dan perangkap yang ditebarkannya tidak pernah berkurangan dan terhenti melainkan apabila tibanya saat kehancuran dunia.

Semoga buku ini dapat membantu dalam mempertahankan diri dari perangkap jin dan syaitan, insya Allah.




Tajuk: Himpunan Doa-doa Pilihan
menurut Al-Quran & Al-Hadith serta Terjemahan
Pengarang: Prof Dato' Dr Haron Din & Ustaz Ishak Din
Kod: DN 071
ISBN: 983-9017-088-8
Kandungan: 136 m.s.
Harga: $5.00

Dalam meniti kehidupan dunia yang serba mencabar, manusia tidak dapat bertahan hidup bersendirian tanpa meminta pertolongan dari orang lain. Ada ketikanya tidak ada sebarang makhluk yang mahu menolong manusia dan kadangkala pula walaupun dibantu oleh semua manusia namun tidak memperolehi sesuatu yang dihajati. Sebenarnya yang boleh memberi dan mampu memenuhi segala kehendak, hanya Allah SWT.

Di dalam berdoa, seseorang tidak akan rugi sedikitpun, kerana jika diperkenankan merupakan suatu keberuntungan baginya. Sebaliknya jika tidak memperolehi yang dikehendaki, maka seseorang itu akan mendapat pahala dari ibadah doanya tersebut. Setiap muslim selalu berdoa, baik ketika lepas solat mahupun dikeheningan malam, namun masih ramai yang tidak faham akan permintaan yang dilafazkan melalui doanya itu.

Semoga buku ini dapat menyumbang dan membantu umat Islam memahami doa-doa yang diamalkan selama ini, Insya Allah.





Tajuk: PENAWAR JIWA
- Psikologi Ketenangan Minda
Pengarang: Muhammad Isa Selamat
Kod: DN 049
ISBN: 983-9017-064-0
Kandungan: 256 m.s.
Harga: $10.00

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah.

Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang, kerana ia rindu berbuat dosa yang akan mewariskan kehinaan. Oleh sebab itu, meninggalkan dosa bererti menghidupkan jiwa dan memancarkan cahaya keimanan di celah-celah sanubari insan.

Imam Ali bin Abi Talib berpesan: "Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta". Kemudian Ibnu Munkadir berkata: "Bagiku nikmat dunia ini hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat berjemaah". Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali Pencipta Yang Maha Agung. Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci dan tunduk pada Ilahi.





Tajuk: Kursus & Bimbingan Perkahwinan
Pengarang: Ustaz Abdul Aziz
Kod: DN 030
ISBN: 983-9017-027-6
Kandungan: 240 m.s.
Harga: $10.00

Impian yang indah menjadi dambaan dalam setiap pasangan sejoli ketika meneguk manisnya cinta kasih. Di saat kemesraan baru dinikmati, kadang-kala tragedi krisis rumahtangga menjadi cabaran perkahwinan sehingga memporak-perandakan mahligai yang telah lama dibina. Cabaran inilah perlu dihadapi dengan bekal pengetahuan yang lebih mendalam dan sempurna.

Pengetahuan tentang makna perkahwinan yang bahagia merupakan sumbangan paling berharga dalam membimbing kedamaian berumahtangga. Keharmonian perkahwinan akan tetap berkekalan jika paduan jiwa romantik, persefahaman, iman dan takwa serta kesabaran telah dibina ketika di ambang perkahwinan.

Semoga buku ini dapat memberikan sedikit bimbingan mengenai gambaran rumahtangga harmoni yang diredhai Allah sama ada di dunia mahupun di akhirat, insya Allah.




Tajuk:Rezeki Yang Haram
Pengarang: S.M. Madni Abbasi
Kod: DN 014
ISBN: 983-9017-008-x
Kandungan: 74 m.s.
Harga: $3.00

Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya agihan kekayaan yang tidak seimbang punca terjadinya ibu segala jenayah iaitu korupsi.

Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam iaitu rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

Buku ini turut memberikan penjelasan mengenai pekerjaan yang paling dikutuk Allah iaitu mencari rezeki dengan melacurkan diri.

Friday, December 28, 2007

Perisian Komputer

Tajuk Perisian:
NAHU & SARF
Keterangan:
Program multimedia yang mengajar tatabahasa Bahasa Arab. Telah dikemaskini dan dimuatkan di dalam 1 cd.
Harga:$14.00

Tajuk Perisian:
Fardhu 'Ain - Asas-asas Islam - (THE BASICS OF ISLAM)
Keterangan:
Program multimedia yang mengajar tentang Fardhu `Ain
termasuk Rukun Iman, Rukun Islam, Kisah-kisah Rasul dan penerangan yang berkaitan dengan tajuk.
Harga:$14.00

Tajuk Perisian:
HAJI & UMRAH
Keterangan:
Program multimedia yang mengajar cara-cara yang betul untuk mengerjakan Haji dan Umrah.
Harga:$14.00


Tajuk Perisian:YASIN, TAHLIL, DOA HARIAN,
DOA SELEPAS SOLAT, WIRID, AYAT LAZIM, SOLAT JENAZAH.
Keterangan:
Mengandungi bacaan-bacaan Yasin, Tahlil, Doa Tahlil, Doa Harian, Doa Selepas Solat, Wirid, Penutup Doa, Ayat Lazim & Solat Jenazah.
Harga:$14.00


Tajuk Perisian:
SOLAT UNTUK KANAK-KANAK - PRAYER FOR CHILDREN
Keterangan:
Program multimedia yang ditujukan khusus
untuk kanak-kanak yang mengajar cara-cara
yang betul untuk mengerjakan solat.
Harga:$14.00

Tajuk Perisian:
BELAJAR BAHASA ARAB - LEARN ARABIC
Keterangan:
Program multimedia yang dapat membantu para pelajar
peringkat permulaan untuk mempelajari, memahami
dan menguasai asas Bahasa Arab.Mengandungi contoh-contoh
perbualan seharian ditempat-tempat awam dan sebagainya.
Harga:$14.00

Website:
http://www.insyirah-bengkung.blogspot.com
http://www.barakati-rizqi.blogspot.com
Email: insyirah_bengkung@yahoo.com.sg

Cara membuat pesanan/pembelian:
Dengan SMS 81949176 atau email : insyirah_bengkung@yahoo.com.sg
* Catat dari website kode barang yang mau diorder
* Sms ke 81949176 atau email: insyirah_bengkung@yahoo.com.sg dengan format :
* kode,jumlah;kode,jumlah;kode,jumlah@nama@alamat lengkap
* contoh Sms atau email:DN 342(1)$, DN 385(1), DN 135(1)@Irma@Blk 412 Pandan Gardens #12-99 singapura 600412
* Sms & email dengan format yang betul akan dapatlangsung diproses komputer, mempermudah dan mempercepat pemprosesan.
* Tunggu balasan sms & email dari kami yangberisi jumlah + kos penghantaran dan Account No Bank

Thursday, December 27, 2007

Perisian Komputer

Tajuk Perisian:IQRA' - Cara Belajar Membaca Al-Quran
Keterangan:
Program multimedia yang dapat membantu mengajar
cara-cara yang betul untuk membaca al-Quran
dan maksud beberapa perkataan Arab.
Cara pengajaran adalah dalam bentuk interaktif.
Harga:$14.00


PERISIAN MULTIMEDIA
Tajuk Perisian: AL-QURAN & TERJEMAHAN Bahasa Malaysia.
Keterangan:
Program al-Quran autorun yang pertama pernah dibuat.
Program multimedia yang mengandungi keseluruhan
30 juzuk al-Quran dalam teks dan suara bacaan bersama
dengan terjemahan Melayu & tafsir Asbabun-Nuzul.
Harga:$14.00

Cara membuat pesanan / pembelian

Dengan SMS 81949176 atau
email :insyirah_bengkung@yahoo.com.sg
* Catat dari website kode barang yang mau diorder
* Sms ke 81949176 atau
email: insyirah_bengkung@yahoo.com.sg dengan format :
* kode,jumlah;kode,jumlah;kode,jumlah@nama@alamat lengkap
* contoh Sms atau email: Nahu & sarf(1), solat untuk kanak-kanak(1),
Buku siri bimbingan jiwa(10 siri) (1),@Irma @Blk 412 Pandan Gardens #12-99 singapura 600412
* Sms & email dengan format yang betul akan dapat
langsung diproses komputer, mempermudah dan
mempercepat pemprosesan.
* Tunggu balasan sms & email dari kami yang
berisi jumlah + kos penghantaran dan Account No Bank.
Website:
http://www.insyirah-bengkung.blogspot.com
http://www.barakati-rizqi.blogspot.com
Email: insyirah_bengkung@yahoo.com.sg

Sunday, December 23, 2007

PELAJARAN JAWI

Tajuk Perisian:
PELAJARAN JAWI

Harga:$14.00

Keterangan:
Program ini mengajar mengenal, menyebut, menulis dan mengeja huruf-huruf jawi. Terdapat ratusan animasi 3D yang menarik dan mendidik. Program ini amat sesuai bagi kanak-kanak mahupun dewasa.