Sunday, December 23, 2007

Kamus Al Irshad - Empat Bahasa


Tajuk: Kamus Al Irshad - Empat Bahasa
• Melayu - English - Arab - Urdu/Hindi
• English - Melayu - Arab - Urdu/Hindi
Penulis: Kamarul Ariffin Ithnan
Kod: DN 464
ISBN: 983-046-401-6
Kandungan: 720m.s.

Harga: $25.00


Dalam era globalisasi kini, bahasa memainkan peranan penting untuk memudahkan sebarang urusan antara manusia di seluruh dunia. Bertepatan dengan gagasan pemimpin negara dalam usaha membangunkan modal insan, penguasaan lebih dari satu bahasa amat dititikberatkan demi melahirkan masyarakat yang celik minda. Seiring dengan hasrat tersebut, kamus pelbagai bahasa yang julung kali diterbitkan ini adalah salah satu wadah bagi menggalakan masyarakat umum untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda.

Kamus ini disusun berdasarkan buku-buku istilah semasa, sesuai dengan keperluan pengguna. Gambarajah-gambarajah yang dilampirkan amat membantu untuk mendapatkan ketepatan makna bagi istilah-istilah yang digunakan. Sistem ejaan yang digunakan juga adalah ejaan rumi baru bahasa Malaysia dan Indonesia. Setiap perkataan Inggeris, Arab dan Urdu merupakan kata dasar disertai keterangan mengenai kaedah untuk menggunakan kamus ini.

Kamus seumpama ini sesuai bagi setiap lapisan masyarakat yang berminat mempelajari bahasa Arab dan Urdu khasnya.

No comments: